Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
YB Dato’ Mohamad Zahid Abdul Khalid telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak.
IPOH, 15 Ogos 2024 - YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya, Encik Ramlee bin Kariah di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kanan (Dasar dan Makro), Puan Haslinda binti Alias dan Ketua Penolong Pengarah (Dasar), Puan Nurul Faiz binti Khairol Azmi.
Kunjungan hormat ini adalah kunjungan balas susulan penganjuran Perak Sejahtera 2030 : State Leadership Retreat 2024 yang telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 Mac 2024 yang lalu.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak saling berbincang mengenai pengukuhan kerjasama strategik serta berkongsi pendapat berkaitan perancangan dasar strategik, pembangunan sosioekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.