YAB Menteri Besar Perak Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
YAB Menteri Besar Perak ketika menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
IPOH, 16 Februari 2022- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan) daripada Asia Metropolitan University (AMU).
Majlis penganugerahan itu disempurnakan oleh YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Zainuddin selaku Canselor AMU dalam sebuah majlis konvokesyen khas yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Hadir sama dalam majlis tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulazlan Abu Hassan serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.