Lawatan YB Menteri JPM Ke Kawasan Bencana Ribut Kampung Tawas
YB Menteri di Jabatan Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam) melawat ketempat kejadian ribut di Kampung Tawas
IPOH, 2 Februari 2022- YB Menteri di Jabatan Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam), Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad telah melakukan lawatan bagi melihat kawasan perumahan yang terkesan akibat dilanda ribut di Kampung Tawas, di sini.
Dalam sesi lawatan itu, YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad berkesempatan untuk meninjau kawasan yang terjejas serta menyampaikan bantuan tunai RM300 dan kotak makanan bernilai RM100 melalui Sumbangan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia.
Hadir sama, YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato' Sirajuddin Suhaimee, Pegawai Daerah Kinta, Encik Meor Hezbullah Meor Abdul Malik.
Dalam kejadian lewat petang Ahad lalu, sebanyak 305 buah rumah dilaporkan terjejas dan ia dijangka bertambah kerana masih ada lagi laporan polis yang sedang dibuat.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.